Nürnberg Walkathon

Setelah cukup rehat semalam, hari ini adalah hari dating bersama cik juli.
Disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil cuaca elok, kami mengambil keputusan untuk berjalan2 sekitar Nürnberg. Memulakan perjalanan dari Rathenauplatz, kami berjalan ke arah bandar, mengunjungi kedai2 yang penting di Bandar Nürnberg, seperti ZARA, Karstadt, Saturn, ZERO, dan beberapa kedai yang tidak begitu popular – sebab tu aku tak ingat nama kedai itu.
Kebanyakan kedai mengadakan pesta jualan murah sempena Jualan Musim Panas / Jalan penutup musim panas ( Sommer Verkauf / SommerschlussVerkauf ). Ade beberapa kedai je yang potongan memberangsangkan, sedangkan beberapan kedia lain potongan nya hanyalah seperti potongan di SOGO KL.
Cik Juli nak beli kain di KARSTADT untuk dibuat baju raya. rajinnye dia nak jahit baju sendiri. bagus yu bagus. nanti kite boleh buka kedia jahit. KEDAI JAHIT YU AI. hihi..

View Larger Map
Laluan Walkathon Nürnberg
Setelah penat window shopping, kami pergi mengisi perut. Kenyang perut sambung lagi perjalanan. kali ni pergi ke ZARA Markt pulak, sebab nak beli ayam murah dan halal. Jalan2 lagi dan beli air sebab dahaga.
Sempat lalu Schweiggerstraße, tempat yang semalam dikatakan ade bom. Kecoh satu Nürnberg. Bising2 cakap bom dari terrorist. Rupanya bom dari terrorist agung; US. Mengikut laporan dari BILD Zeitung,  bom ini adalah bom lama. Masa zaman perang Dunia ke 2 dulu. Nasib baik tak la bom tu tak meletup.
Perjalanan diteruskan sampai ke Wöhrder See. Kami berehat disitu sebab cuaca ynag elok dan pemandangan yang indah.
Balik rumah penat sangat. Lepas makan Maggi terus tidur. krohh3.. tidur berdengkur.

0 comments: