Masa Terluang Part 1

Cuti secara rasminya bermula 1 Ogos sehingga 30 September. Bagi budak2 ni, cuti bermula sejak last paper mereka untuk sem ni. Tapi bagi aku sebenarnya cuti bermula dari awal lagi. sejak awal sem lagi. ^_^
huhu..

Sebenarnya aku ade banyak post yang aku taip. Tapi  aku cuma buat separuh jalan, dan selepas itu aku sudah tak ade daya untuk menghabiskan post aku. Ada saja halangan yang datang. Kalau tak temasuk entri yang ini, dah 8 kali aku tulis entri baru sejak entri terakhir aku sebelum ni.

Dalam masa² cuti ni aku cuba la nak berjinak2 balik dalam hobi yang pernah aku buat sebelum ni. Diantaranya bermain bola sepak, ragbi, tennis, clubbing, kayak, lumba kereta dan seangkatan dengannya. Ok. Aku tipu. Menda² yang aku tulis itu tak termasuk dalam hobi aku. Aku tak berminat dengan acara² tersebut. Atau boleh juga dikatakan ada batasan untuk aku melakukan semua yang terssebut. Bakat dan harta. Bakat boleh diasah. Harta boleh dicari. Kata Orang.

Itu senang bagi diorang. Aku tidak. Semua itu aku nak cuba, apakan daya tak termampu. Tidak apa. Ada usaha. Ada hikmah disebaliknya. Mungkin kayak atau lumba kereta boleh dipertimbangkan. Selepas hidup aku stabil. Setelah aku ada peluang. Harap² sebelum aku berumur 40 tahun.

Yang aku selalu buat semasa lapang adalah fotografi, melayari internet, menonton filem, cerita bersiri, muattutrun, ebay, google reader. tidak banyak yang aku dapat lakukan di sini. Yang lain ade lagi. Tak perlu aku beritahu disini. Ada hadnya. Tak tahu ape lagi yang boleh aku lakukan, apatah lagi aku tidak nampak ada peluang untuk melakukan perkara lain di nürnberg ni.


Seminggu lepas aku telah habiskan cerita bersiri 30 Rock. Cerita ini berkisar tentang kehidupan seorang penulis cerita komedi bernama liz lemon. Bagaimana dia menangani masalah antara ketua dan orang bawahan. Juga pelakon2 dibawah tanggungjawabnya. Pelakon utama merangkap pencetus ide cerita 30 Rock adalah Tina Fey.Lakonan Alex Baldwin tidak kurang hebatnya.

Kemenangan siri TV 30 Rock dalam beberapa anugerah menyebabkan aku terdetik untuk menghabiskan masa terluang dengan cerita ini. Aku puas. Rumusan aku, cerita ini sangat menarik dan sesuai ditonton semasa hendak bersenang lenang, atau bersama yang tersayang, tanpa memerlukan kerahan otak untuk memahami isi cerita.

bersambung dilain masa. ^_^

0 comments: