baharu baharu ini.

gambar hiasan: duri dalam daging.
Tidak tahu la betul atau salah penggunaan baharu kat tajuk diatas. Biasanya dulu mase sekolah, walaupun sangat malas untuk belajar bahasa melayu, cikgu bahasa melayu.. err.. bahasa malaysia.. err.. mane satu ni!! ajar kami gune ayat 'baru-baru ini, saya...' .
Sekarang bile dah tukar dari baru ke baharu, tak tahu bagaimana penggunaan baharu yang sebenar. huh!! dahla sekarang tak pergi sekolah dah. so tak tahu mane nak merujuk. Semasa pulang ke tanahair baharu ini, saya dapat tahu saya boleh baharui insurans saya dimana sahaja.
Saya buntu.
Arakian diharapkan ada sesiapa yang boleh merungkai misteri atau senang kata menjawab persoalan saya ini.
Sebarang penjelasan boleh diemailkan kepada: sayatidaktahubagaimanahendakmenggunakanbaharudenganbetul@sayamengarut.yer.
terima kasih.
0 comments:
Post a Comment